Susah nak buat orang lain faham tentang apa yang kita mahukan...sekalipun orang itu adalah keluarga sendiri..aku tak salahkan mereka...itulah hakikat kehidupan. Perkara paling sukar dalam hidup adalah meyakinkan orang yang paling hampir dengan diri kita.
Apapun semua tu tak pernah buat aku kecewa sedikit pun. Semakin sukar mereka menerimanya semakin kuat semangat ini utk meneruskan apa pun jua. Degil kah aku?? Mungkin..tapi kerana kedegilan aku itu lah yang membawa aku ke sini.Tak kisah lah mcm mana susah sekali pun aku akan cuba semampu yang boleh. Sebab bagi aku hidup adalah perjuangan dan setiap perjuangan itu menuntut pengorbanan.
Aku sukakan cabaran...cabaran lah yang mematangkan seseorang..cabaran yang membuat kan aku berani dan sentiasa bersedia utk semua kemungkinan. Cabaran ibarat pelengkap untuk sebuah perjalanan. Aku tak kisah apa orang nak kata atau fikir tentang diri aku. Yang penting bagi aku..aku tahu apa yang aku lakukan dan inginkan dalam hidup ini...
Aku bukan nak jadi semegah mana pun. Aku suka pada kehidupan yang simple tapi mencukupi dan selesa. Aku tak perlukan simpati dari sesiapa. Aku akan terus berdiri dan berlari ..hingga ke garisan penamat....
Me...Pu3 zmt...
- pu3zmt
- I am ONLY ONE but I am ONE..I can't do EVERYTHING but I can do SOMETHING..and I won't let what I can't do interfere with what I can do. I AM NOT PERFECT & I DON'T PRETEND TO BE BUT I ONLY HAVE ONE LIFE TO LIVE & I'M GOING TO TAKE EVERY RISK!!!!
Tentang AKU...AKU..dan AKU
Lagi tentang diri aku...
Simple but nice...daring but loving
adakalanya keras dan adalanya berhati lembut..
Aku tahu apa yang aku inginkan dalam hidup
Tak akan menyerah kalah..sekalipun sudah dipenghujung nyawa..ITULAH AKU....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment